DESKRIPSI TUGAS JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19
Berikut dikongsikan Senarai Tugas Juruteknik Komputer Gred FT19 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, adalah amat digalakkan untuk mendaftar dengan segera.
Antara tanggungjawab Juruteknik Komputer Gred FT19 adalah seperti berikut:
Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi pengkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.
Klasifikasi Perkhidmatan: Sistem Maklumat
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan:
Pelbagai Kementerian/Jabatan/Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang
JADUAL GAJI
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) warganegara Malaysia; dan
b) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. i) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred FT19: RM1,377.00)
atau
ii) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred FT19: RM1,435.12)
atau
iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred FT19: RM1,493.24)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Juruteknik Komputer Gred FT19 ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan ini.
Ulasan
Catat Ulasan