DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

DESKRIPSI TUGAS:

Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, adalah amat digalakkan untuk mendaftar dengan segera.

Antara tanggungjawab Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 adalah seperti berikut:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Klasifikasi Perkhidmatan:
Pentadbiran dan Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana

Kementerian/Jabatan:
Pelbagai Kementerian/Jabatan

JADUAL GAJI




SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) warganegara Malaysia; dan
b) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c) 
i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau
ii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau
iii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) BAGI PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 tertakluk kepada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat berikut:

a) telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
b) mempunyai kelayakan di perkara 2(c) di atas atau lulus Peperiksaan Khas; dan
c) had umur pelantikan:

i. berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii. berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

iii. berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

SENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SKM

Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.




Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan ini.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DESKRIPSI TUGAS JURUTERA GRED J41

TEMU DUGA JURUTERA GRED J41 (AWAM)

UJIAN PSIKOMETRIK LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL PEMBANTU KESIHATAN AWAM