DESKRIPSI TUGAS JURUTERA GRED J41

DESKRIPSI TUGAS:

Berikut dikongsikan Senarai Tugas Jurutera Gred J41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, adalah amat digalakkan untuk mendaftar dengan segera.

Antara tanggungjawab Jurutera Gred J41 adalah seperti berikut:

Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan.

Kumpulan Perkhidmatan:
Pengurusan dan Profesional

Kementerian/Jabatan:
Pelbagai Kementerian/Jabatan

JADUAL GAJI




SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) warganegara Malaysia; dan

b) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a)

i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan

ii. lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

b) had umur pelantikan:

i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.





Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEMU DUGA JURUTERA GRED J41 (AWAM)

UJIAN PSIKOMETRIK LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL PEMBANTU KESIHATAN AWAM